PEKAN SEHARI TEMERLOH - PASAR TERPANJANG DI MALAYSIA (syok gila datang sini)
Cikkippo Tv Cikkippo Tv
12.9K subscribers
62,007 views
416

 Published On Sep 23, 2020

Pekan Sehari Temerloh Kini Beroperasi Semula Mengikut SOP Yang Ditetapkan setelah sekian lama ditutup akibat serangan virus covid-19.

Pekan Sehari beroperasi setiap pagi Ahad bermula seawal 7 pagi sehingga 12 tengah hari yang bertempat di Lurah Semantan, tepi Sungai Pahang. Dan juga merupakan Pasar yang terpanjang di Malaysia.

Pelbagai bahan jualan boleh didapati seperti kuih-muih traditional dan moden, sayur-sayuran segar dari perkampungan terdekat, buah-buahan dan juga buah-buahan dari hasil hutan, hasil laut, hasil sungai, kerepek, ayam dan daging segar dan pelbagai jenis lagi keperluan harian. Ada juga hasil jualan yang belum pernah kita lihat sebelum ini ada terjual dekat Pekan Sehari. Harga bagi setiap jualan juga agak murah jika dibandingkan dengan pasar-pasar di Bandar besar.

Keunikan Pekan Sehari menarik minat pengunjung bukan sahaja dari dalam Negeri Pahang tetapi juga luar dari Negeri Pahang seperti Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
Kedudukan juga agak tidak jauh dari exit highway Temerloh, lebih kurang 15 minit sahaja. Setiap Ahad Pekan Sehari akan dipenuhi dengan pengunjung.

show more

Share/Embed