RIVER & GLAMP , ULU YAM. Keselesaan Menjadi Daya TARIKAN GLAMPING Di Sini : We Go Travel
We Go Travel We Go Travel
3.14K subscribers
67,623 views
0

 Published On Jan 13, 2021

🏕🍀 RIVER & GLAMP @ Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam🍀🏕

Mahukan keselesaan maksima ketika berGLAMPING? Di sini tempatnya yang boleh anda pilih kerana keselesaan dan kebersihan amat diutamakan di sini.

Satu lagi lokasi glamping yang mungkin anda semua tidak tahu yang sangat berdekatan dengan ibu kota iaitu hanya mengambil masa selama 20-30 minit sahaja. Kami telah berkesempatan menikmati pengalaman yang menyeronokan ini di GLAMP & RIVER yang terletak di Ulu yam sahaja.

✅ Keselasaan & Kebersihan menjadi daya tarikan utama

Bagi anda yang ingin merasa suasana camping yang selesa atau pun masih belum bersedia untuk bercamping, ini adalah tempat yang sangat diremendasi kerana keselesaanya tiada tolok bandingnya dengan adanya tilam, kipas, dan yang paling selesa kerana adanya aircond di setiap khemah. 🥰

Persekitaran yang menyamankan dengan bunyi deruan sungai serta kicauan burung menjadikan percutian kami indah dan menyeronokkan selain berpeluang untuk merakamkan foto sebagai kenangan.

✅ Aktiviti

Lokasi ini sangat bersesuaian untuk small gathering bersama family atau rakan-rakan, dimana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama disini oleh kerana di kawasan ini agak sukar untuk mendapatkan signal telefon, jadi banyak masa boleh diluangkan bersama yang tersayang.
Antara aktiviti yang kami lakukan adalah berkelah,mandi sungai, river tubing, BBQ dan banyak lagi. ( Boleh tonton VIDEO AKTIVITI kami di link bawah disediakan 😎 )

Pada malam hari pula, kami lakukan aktiviti ber BBQ. Kami bawa barang-barang kami sendiri. Mereka juga ada menyedikan BBQ pit dan pakej untuk berBBQ. Aktiviti campfire pun ada, tetapi kami tidak berpeluang kerana cuaca tidak megizinkan.

✅ Bilik & Kemudahan

Khemah kami disediakan 5 tilam single beserta comforter amat sesuai untuk family yang ada 3 orang anak.

Di dalam khemah disediakan :

👉🏻 Plug point
👉🏻 5 helai tuala
👉🏻 mosquito repellent
👉🏻 sudu, pinggan, cawan
👉🏻 Nescafe & milo 3 in 1
👉🏻 Kettle
👉🏻 Sejadah, Al-Quran dan Arah Kiblat
👉🏻 Kipas, lampu picit, payung
👉🏻 Cermin bersolek
👉🏻 Air cond 🥰

🛑 Sharing tandas. Bersih 👍🏼
🛑 Wifi Tiada
🛑 Hp coverage Celcom ✅

♥️ Bilik Wangi ♥️

Di luar khemah ada meja makan. Di belakang khemah ada meja besar beserta plug point untuk makan bersama famili ataupun berSteamboat @ BBQ. Sinki juga berdekatan dengan khemah. ( Boleh tonton VIDEO AKTIVITI malam kami di link bawah disediakan 😎 )


✅ HARGA & PERTANYAAN

Boleh terus hubungi mereka kerana mungkin ada pakej yang lebih baik mereka akan tawarkan 😊

❌ Contact detail untuk Booking & inquiries:

👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼

https://riverandglamp.yezza.store/

Call or Whatsapp : 0174023966
Facebook - @River & Glamp
Instagram - @riverandglam


❌Jom Follow & Support Kami❌

👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼
Inquiries : [email protected]

Facebook:   / wegotravel.my  

Youtube channel : https://www.youtube.com/channel/UCerJ...
Instagram :   / we_gotravel  

#WeGoTravel
#wegotravelmy
#traveldalamnegara
#CutiCutiMalaysia
#TourismMalaysia
#klookmy
#riverandglamp
#GlampingMalaysia
#nurlamanbestariecoresort

show more

Share/Embed