TRAIN TO DABONG | MEE UDANG GALAH CHE DA VIRAL | TEMPAT MENARIK DI DABONG KELANTAN
AddaShuk Channel AddaShuk Channel
10.3K subscribers
2,440 views
22

 Published On Jun 16, 2023

Assalamualaikum guys, hari ni abang nk kongsikan pengalaman abang dan family pergi ke Pekan Dabong. Untuk video kali ni kami pergi merasai keenakan Mee Udang Galah Che Da Viral di Dabong Kelantan. So anda mesti dan wajib datang sendiri ke kedai Mee Udang Che Da ni. Kedai ni adalah salah satu tempat menarik di Dabong Kelantan.

Apa yang istimewa Mee Udang di Dabong ni, dan menyebabkan ramai yang datang Ke Dabong nak cuba keenakan resepi mee udang kat sini. Tapi bila datang ke Dabong, ada dua tempat yang biasa kami pergi. Salah satunya ialah Che Da Mee Udang Galah. Masakan Mee udang Galah Che Da ni jenis kuah putih. Tak manis sangat. Harga dalam RM15 hingga Rm30 mengikut harga udang semasa. Kalau anda datang ke Dabong, benda pertama yang anda kena buat adalah makan, so kat sini lah makanan yang paling sedap dan lepas dah selesai makan baru la boleh pergi ke tampat menarik yang lain seperti Lata Kertas, Sungai Kenerong, Gua Ikan, Viewpoint Air Terjun Jelawang, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang lain. Kalau anda melawati Kompleks Gua Ikan, jangan lupa cari Tourist Guide yang ada di situ dan anda boleh melakukan aktiviti 'Caving' Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris.

Waktu pagi pula di sini juga ada menjual nasi kerabu, nasi belauk dan bermacam lagi makanan pagi. So.. anda jangan lupa datang sendiri ke kedai Kak Nah Mee Udang Kampung Stong. Kalau anda tak jumpa, klik saja link google maps kat bawah.

Train To Dabong : Melawat ViewPoint Air Terjun Jelawang
   • TRAIN TO DABONG | MELAWAT VIEWPOINT A...  

Train To Dabong : Melawat Komplek Gua Ikan
   • TRAIN TO DABONG | MELAWAT KOMPLEKS GU...  

Train To Dabong : NASI KERABU & MEE UDANG KAK NAH KAMPUNG STONG
   • TRAIN TO DABONG | NASI KERABU & MEE U...  

Train To Dabong : MEE UDANG GALAH CHE DA VIRAL
   • TRAIN TO DABONG | MEE UDANG GALAH CHE...  

Train To Dabong : SUNGAI KENERONG DABONG KELANTAN
   • TRAIN TO DABONG | SUNGAI KENERONG DAB...  

Lokasi Viewpoint Air Terjun Gunung Stong/Air Terjun Jelawang
https://goo.gl/maps/EPAkBXWgLnnNNtQz6

Lokasi Kompleks Gua Ikan Dabong Kelantan
https://goo.gl/maps/hk5oQUpcGguDEU449

Lokasi Kedai Makan Mee Udang Kak Nah Dabong Kelantan
https://goo.gl/maps/MY8howkhDreC3ayh8

Lokasi Kedai Mee Udang Che Da Dabong Kelantan
https://goo.gl/maps/aLDP7wRFXgTnp4RY8

Lokasi Sungai Kenerong / Lokasi Pondok Pok Teh Sungai Kenerong
https://goo.gl/maps/uFemWkpaKmfCvpYS8

Lawati juga blog addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik
https://www.addashuk.com

Train To Dabong adalah merupakan satu fenomena suatu ketika dahulu di negeri Kelantan untuk melancong ke Pekan Dabong dan melawat tempat menarik di sekitar Dabong. Lokasi yang sebelum ini digelar sebagai tempat 'Jin Bertendang' dalam kalangan rakyat di negeri ini telah popular sejak penularan virus pada tahun 2020 yang lalu, Oleh kerana itulah menyebabkan pintu sempadan negara ditutup sekaligus menghidupkan Pekan Dabong sebagai lokasi eko pelancongan sebelum ini hanya digemari oleh pelancong asing. Lebih menarik lagi apabila pengunjung datang kesini dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Stesen Keretapi Tanah Merah sehingga tercetusnya Fenomena Train to Dabong. Ini diakui sendiri oleh pengurus Stesen KTMB Dabong. Antara tempat menarik lain di Dabong ialah Mee Udang Viral Che Da, Mee Udang Kak Nah Kampung Stong, Dabong, Jelawang Pipe Resort dan macam-macam aktiviti menarik yang terdapat di Dabong.

Tiket dari Tanah Merah ke Dabong berharga RM4 sehala seorang bagi dewasa manakala RM2 sehala seorang bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Waktu perjalanan tren dari Stesen Tanah Merah ialah pada pukul 5.12 pagi, 11.25 pagi dan 3.45 petang. Dan tren dari Dabong ke Tanah Merah pula ialah pada pukul 7.30 pagi, 2.50 petang dan 6.05 petang.

Link untuk download jadual tiket dari website KTMB, file PDF ada diruangan KTM Intercity. Klik pada Menu New Timetable
http://www.ktmb.com.my/TrainTime.html

Ini adalah video Train to Dabong iaitu Kedai Makan Mee Udang Galah Che Da Dabong Kelantan. Diharapkan korang terhibur dengan video dari Addashuk Channel, jangan lupa SUBSCRIBE tanda anda support Channel kami dan kami akan lebih bersemangat untuk membuat video-video menarik selepas ini.

Ok guys, jumpa lagi di next video, Assalamualaikum..

show more

Share/Embed