Harga senyuman mak
Ebit Lew Ebit Lew
1.35M subscribers
615,654 views
33K

 Published On Jun 4, 2020

Hari bahagia air mata di sg petani Kedah dalam masa 3 jam. Menangis keluarga ini kerana setelah 35 tahun rumah di paya tadi. Saya hadiahkan beri tinggal rumah 2 tingkat buat kakak ini dan 9 anaknya serta mak ayah yang uzur sangat. Melihat air mata mereka dan tangisan mereka terasa kasih sayang Allah. Saya bayar sewa dan deposit semua tadi. InsyaAllah saya akan terus bayar.

Tengok bilik air menangis. Macam zaman dulu. Sekadar ada je. Kawasan ini air selalu naik kalau hujan. Selalu ada ular jika banjir. Mereka kerja suka memancing belakang ini. Ada pasangan suami isteri ni anak 9 orang. Jaga mak ayah yang tua dan uzur. Anak paling besar umur 20 tahun dan 18 tahun sampai baby kecil. Mereka dah tinggal disini semenjak 35 tahun dulu dan sebelum itu lagi.

Syukur Yb disini ada tambahkan bahagian tinggi sebelah belakang rumah kotak untuk mereka. Cuma takde bilik dan bilik air. Zakat kedah banyak dah buatkan dan repairkan rumah kawasan sini. Kawasan banjir. Keluarga yang saya jumpa ini dibantu zakat rm300 sebulan dan jkm rm150 sebulan. Syukur Alhamdulillah. Terim kasIh semua. Semua masyarakat setempat dan ngo disini selalu membantu.

Cuma Aidlfitri kali ini saya nak tumpang kebaikan saya nak carikan rumah sewa yang baru dan nak berikan pada mereka percuma. Mulanya mereka berat hati kerana tak sangka dan tak susahkan saya. Mereka kenal saya. Selalu dengar ceramah saya.

Belikan mereka mesin basuh,katil dan tilam untuk 11 orang. Tv , rice cooker,cerek elektrik, dan 2 almari baju cantik.

Moga Allah terima secebis usaha berbanding usaha ketua masyarakat semua. Tiada daya upaya saya melainkan dengan pertolongan Allah.

show more

Share/Embed