5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu Bing - Bahasa Melayu
184K subscribers
77,275 views
0

 Published On Jun 18, 2024

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Katak
Bing terjumpa seekor katak di halaman rumah dan dia ingin menyimpannya, jadi dia dan Sula memutuskan untuk buatkan katak itu sebuah rumah baldi yang selesa. Tetapi katak itu tidak begitu suka rumah barunya lalu melompat keluar. Ke manakah katak itu pergi?

06:23 Membakar
Bing dan Flop sedang membakar biskut halia arnab untuk Charlie dan Coco. Tetapi apabila mereka berdua sampai, Charlie buang air besar dengan banyak! Semasa membersihkan Charlie, tidak ada yang mendengar Chickie, si penjaga masa berbunyi untuk memberitahu mereka yang biskut sudah masak. Adakah mereka dapat menikmati biskut arnab halia mereka?

12:46 Di Mana Flop?
Masa untuk makan tengahari! Sula dan Amma datang ke rumah Bing untuk makan tengahari tetapi karot pula habis, jadi Flop terpaksa pergi ke kedai Padget untuk dapatkan karot. Bing tiba-tiba sangat rindukan Flop lalu Amma dan Sula cuba untuk menenangkan Bing. Bing kemudian terlukakan jarinya dalam kotak peti surat sewaktu sedang mencari Flop dan apabila Amma cuba untuk menelefon Flop, Flop tertinggal pula telefonnya di rumah. Apakah yang akan Bing lakukan sewaktu dia menunggu Flop untuk pulang ke rumah?

19:09 Dinosaur kapur
Bing ingin melukis satu gambar besar jadi Flop mencarikan beberapa kapur tulis untuk dia lukis di atas laluan pejalan kaki di luar rumah mereka. Bing melukis dinosaur yang berbelang, berbintik, dan ada gigi zig-zag bersama dengan ais krim! Tetapi apakah yang akan berlaku apabila awan hujan yang besar datang?

25:32 Ini saya punya
Bing dan Pando sedang dalam perjalanan pulang dari pantai. Tetapi Panda perlu ambil Bullabaloo dari rumah Bing sebelum dia masuk tidur. Setelah melihat kulit siput yang telah mereka kumpul, mereka memutuskan untuk bermain satu permainan terakhir- iaitu Sorok-Sorok! Tetapi apakah yang terjadi apabila Bing cuba cari Pando dan melihatnya tidur nyenyak di katil Bing?

*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram:   / bingbunny  
➡️ Facebook:   / bingbunny  



© ACAMAR FILMS LIMITED

show more

Share/Embed