KISAH RUSA YANG SOMBONG | BERCERITA / MEMBACA BUKU SUKU KATA | CERITA KANAK-KANAK |
HS KidsEdu HS KidsEdu
15.1K subscribers
125,051 views
776

 Published On Premiered Feb 16, 2023

Berminat untuk dapatkan Ebook Cerita Waktu Tidur ? Tekan link di bawah : http://shopee.com.my/haris_mdnor

Tentang Ebook Cerita Waktu Tidur :

Saiz : 75.6 Mb
Halaman : 96 Halaman

Kelebihan :
- Mengandungi 10 Kisah haiwan yang memberi pengajaran.
-Penggunaan ilustrasi dan gambar berwarna yang menarik.
-Tulisan berwarna (Fokus Suku Kata).
- Qr Code untuk video setiap cerita disediakan diakhir pengajaran kisah.
- Berbentuk PDF dan boleh dicetak/print untuk kegunaan peribadi.
- Mudah dibawa dan dibaca dimana-mana kerana berbentuk softcopy.

~ HS KidsEdu ~

Membaca buku cerita kanak-kanak atau cerita waktu tidur iaitu Kisah Rusa Yang Sombong menggunakan intonasi dan panduan suku kata. Sesuai untuk digunakan bagi anak-anak yang masih kecil, pra sekolah dan sekolah rendah tahap 1.

Skrip / Teks : Kisah Rusa Yang Sombong

Dalam sebuah hutan ada seekor rusa yang sangat sombong. Rusa suka pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang cantik. "Oh, cantiknya tandukku tapi lihatlah pula betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku juga cantik. Aku mahu dilihat cantik dari kepala hingga hujung kaki," rungutnya. Rusa tidak suka pada kakinya yang kurus. Ketika sedang asyik melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa berasa takut lalu berlari sekuat hati. Sedang dia berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan pokok yang rendang. Rusa meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya. Rusa bertambah cemas apabila salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus itu yang menolongnya melepaskan diri. Namun begitu, tanduknya patah sedikit. Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu berjaya melarikan diri kerana dia boleh berlari laju. Sekarang dia menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

Pengajaran :

Sentiasa bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jangan lupa like, share dan subscribe ya... Percuma ja...

#bukucerita #ceritakanakkanak #membacacerita

show more

Share/Embed