Ajaran Sesat 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir' PMYT | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
realridz studio realridz studio
70.2K subscribers
141,392 views
0

 Published On Sep 6, 2021

Pengikut ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMYT) diseru memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan menyerah diri secara sukarela bagi mengelak mereka diburu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, para pengikut PMYT diperlukan bagi membantu siasatan pihak berkuasa berhubung dakwaan ia merupakan ajaran sesat.

“Polis sudah mula menjalankan siasatan terhadap PMYT, jadi saya nasihatkan kepada semua pengikut dia supaya serah diri dengan segera. Kita sedang bekerjasama dengan polis dalam menyelesaikan kes ini.

“Terlebih dahulu, kita akan tengok pada hasil penyiasatan polis. Setakat yang saya tahu, kes ini tidak luas dan hanya membabitkan satu kelompok kecil,” katanya ketika ditemui di Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di masjid itu berlangsung selama lima hari bermula hari ini dan disasarkan untuk menjalankan proses vaksinasi terhadap 6,000 individu dalam tempoh tersebut.

Mengulas lanjut perkembangan kes PMYT, Ahmad Marzuk berkata, bagi melancarkan urusan pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menghantar wakilnya untuk membantu penyiasatan tersebut.

“Pertama, kita sudah ada pasukan khas Jakim di bawah bahagian penguatkuasaan dan kedua, kita juga ada bahagian kepakaran untuk meneliti ajaran PMYT. Soal ajaran yang dikatakan sesat ini, kita kena tengok hasil siasatan polis dulu.

“Kita juga bersedia untuk memberi khidmat kaunseling kepada pengikut ajaran berkenaan,” katanya.

Media semalam melaporkan, Ketua ajaran PMYT yang digelar ‘Sittah Annur’ ditahan reman selama empat hari hingga Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dikatakan membawa ajaran sesat.

show more

Share/Embed