5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu Bing - Bahasa Melayu
184K subscribers
85,207 views
0

 Published On Apr 23, 2024

➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Atchoo!
Bing sedang bersiap-siap untuk pergi ke rumah Sula tetapi dia tiba-tiba bersin tanpa berhenti dan badannya berasa panas jadi terpaksalah dia tinggal di rumah dan simpan hidung beringusnya untuk dirinya sendiri. Dia berharap dia masih boleh bermain di rumah Sula dan makan bagel karot Amma yang sedap sehinggalah tiba-tiba datang pelawat yang tak disangkakannya...

06:23 Bakat
Sula, Pando, Flop dan Padget semuanya ada bakat tersendiri, iaitu perkara istimewa yang hanya dapat dilakukan oleh mereka. Bing berusaha mencari bakatnya sendiri tetapi nampaknya orang lain pun dapat lakukannya juga. Apabila Pando secara tidak sengaja menyakitkan telinga Bing, mereka semua terkejut, kerana Bing tiba-tiba sedar yang dia mempunyai satu bakat yang orang lain tidak ada.

12:46 Bersembunyi
Bing sedang membantu Flop di kedai Padget untuk mencari bahan-bahan bagi salad buah-buahan, apabila dia memutuskan untuk bersembunyi dari Flop. Bing bersembunyi di sebalik rak lalu memanggil Flop untuk mencarinya. Flop Boo-kan Bing apabila dia dapat mencarinya, dan mereka kemudian kembali mencari buah pear dan oren yang lazat! Apakah yang akan terjadi apabila Bing bersembunyi pula di bilik stor kedai Padget dan terkurung di dalam?

19:09 Gelap
Masa untuk tidur dan Bing telah selesai mandi, menggosok giginya, dan memakai baju tidur tetapi di manakah Hoppity? Bing teringat tadi dia ada bermain dengan Hoppity di taman dan dia mesti tertinggalnya di luar! Dan sekarang, hari sudah gelap. Dengan bantuan Flop dan lampu suluh Karot, adakah Bing dapat menemui Hoppity untuk dibawa tidur?

25:32 Belon
Bing dan Sula terjumpa Belon Itik tersangkut di dahan pokok di taman. Flop buatkan dua tali supaya mereka berdua dapat bermain bersama kerana agak susah bagi mereka untuk menunggu giliran masing-masing untuk memegang belon. Mereka berdua kemudian memegang tali dan berlari di sekitar taman sambil bernyanyi "Itik Sangkut ... kuek, kuek, kuek", bersama-sama sepanjang masa. Namun apakah yang akan terjadi apabila belon itu terbang?

*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram:   / bingbunny  
➡️ Facebook:   / bingbunny  



© ACAMAR FILMS LIMITED

show more

Share/Embed