[3.1.2024] Ops Sapu, Minyak & Selera Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu
401 subscribers
3,560 views
0

 Published On Jan 7, 2024

Kuala Terengganu, 3 Januari 2024 - Dua lelaki warganegara Myanmar yang sedang leka mencuci kenderaan pelanggan di sebuah pusat mencuci kenderaan di Kuala Terengganu terkedu apabila diserbu oleh Pegawai Imigresen JIM Terengganu. Kedua-dua mereka kemudian ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Mereka adalah antara PATI yang ditahan dalam operasi pemeriksaan Ops Sapu, Minyak, dan Selera oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri Terengganu di sekitar Daerah Marang, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu pada 3 Januari 2024.

Seramai 15 orang pegawai dari Bahagian Penguatkuasa JIMNT telah menyerbu 12 lokasi yang dikenalpasti hasil risikan dan maklumat orang awam. Antara premis yang turut diperiksa adalah beberapa kedai runcit dan restoran yang menjadi tumpuan warga asing di Pusat Bandar Kuala Terengganu.

Jumlah orang yang diperiksa di dalam operasi ini adalah seramai 85 orang dan 20 daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Semua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut. Sekiranya anda mempunyai maklumat yang lengkap mengenai keberadaan PATI, aduan rasmi boleh disalurkan ke Bahagian Penguatkuasa JIMNT melalui saluran-saluran berikut :

09-622 3425
[email protected]
https://imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN

#imigresen #terengganu #jim #kdnmadani #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama

show more

Share/Embed