Cara Buat Tapai Pulut Hitam Daun Getah
ShaQ82 Channel ShaQ82 Channel
19.1K subscribers
7,419 views
0

 Published On May 12, 2022

Tapai Pulut Daun Getah

SEJARAH

Tapai pulut daun getah merupakan salah satu juadah yang sering disajikan oleh penduduk di kawasan Kelantan. Jualan Tapai ini biasanya dilakukan pada bulan ramadhan, perayaan dan perkahwinan. Tapai pulut daun getah ini mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah Tapai pulut hitam. Bagi masyarakat Kelantan, cara-cara pembuatan Tapai yang betul sangat penting dalam menghasilkan tapai yang bermutu tinggi. Malahan, terdapat pantang larang tertentu yang harus dipatuhi oleh si pembuat Tapai. Antara pantang larangnya ialah, sekiranya Tapai tersebut dihasilkan oleh wanita, badannya harus suci daripada haid, sekiranya pantang larang tersebut dilanggar, Tapai akan berubah menjadi mentah dan berbau masam.

Dalam menghasilkan Tapai pulut daun getah, terdapat beberapa bahan asas yang diperlukan, antaranya ialah beras pulut, daun getah dan gula. Penggunaan daun getah dalam pembungkusan bertujuan membangkitkan aroma dan memastikan Tapai tersebut agar terus segar. Selepas dibalut, Tapai akan dibiarkan seketika untuk diperam selama 24 jam.

Tapai pulut daun getah ini mempunyai keistimewaan yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan juadah lain, bau aroma daun getah yang wangi dan rasa pulut masam dan manis selepas diperam. Pulut akan dibungkus menggunakan daun getah dan dicucuk menggunakan lidi supaya bungkusan itu tidak terbuka.

Untuk Pembelian Ragi Boleh Order Di Lazada..

Ragi Tape Tapai Harum Manis Enak Cantik NKL 70gram Khas Indonesia 25 butir https://s.lazada.com.my/s.V7FX9

#tapaipuluthitamarang #tapaipulut #tapaipulutdaungetah #keluargamalaysia

show more

Share/Embed