Buya Hamka | Soal Jawab Ugama | Penceraian
Buya Hamka Buya Hamka
13.3K subscribers
96 views
3

 Published On Aug 1, 2023

HAMKA atau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah merupakan penulis dan tokoh pemikir yang tersohor Alam Melayu dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada tahun 2011. Hamka atau dikenali sebagai Buya Hamka merupakan seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang terkenal dan sangat produktif di Alam Melayu termasuk Malaysia dan Singapura sekitar abad ke-20. Pemikirannya tertumpu kepada pelbagai persoalan yang dihadapi oleh umat Islam seperti keagamaan, kehidupan sosial kemasyarakatan dan sastera dan telah membantu pengembangan intelektual umat Islam.

Hamka merupakan seorang yang petah berpidato, berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang berani dalam menentang pihak Belanda di Indonesia. Kepopularitian penulisan Hamka adalah dalampelbagai bidang pengetahuan termasuk ilmu falsafah, kesusasteraan, agama, tafsir, biografi, sejarah, sosiologi dan politik sama ada Islam atau barat. Di Malaysia Almarhum Tun Abdul Razak menyebut promovendus Prof. Dr. Hamka sebagai seorang pujangga Islam yang menjadi kebanggaan semua rumpun Melayu.

HAMKA dilahirkan pada 17 Februari 1908 bersamaan dengan 14 Muharam 1320 Hijriah di Sungai Batang, di pinggir tasik Maninjau, SumateraBarat, Indonesia dan meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 iaitu ketika berumur 73 tahun . Hamka adalah akronim kepada nama sebenar Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (Abdul RahmanAbdul Aziz 2002). Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah atau dikenali sebagai Haji Rasul, seorang pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau. Jolokan Buyadiperolehi ketika hayatnya, iaitu panggilan penghormatan masyarakat Minangkabau yang berasal daripada bahasa Arab.“Buya” yang diambil daripada perkataan Arab ‘Abi’ atau ‘Abuya’ yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati.

Silakan mendokongi channel ini dengan Subscribe, Comment, Like dan Share..agar channel ini makin berkembang. Semoga bermanfaat

Medsos Buya Hamka https://linktr.ee/buyahamka

#BuyaHamka #PesananHamaka #SoalJawabUgama

show more

Share/Embed