Sumayyah 2019 Unofficial Video - Hijjaz Ft. Tomok | By Felinna Body Mist
RF Story RF Story
7.08K subscribers
798,507 views
0

 Published On Premiered Nov 21, 2019

Lagu Sumayyah 2019 yang diterbitkan oleh Felinna Body Mist dan Sisfel The Brand Of Success. (Brand produk di bawah Raffelinna Marketing Sdn Bhd)

Lagu nasyid popular iaitu Sumayyah yang sering menjadi siulan ramai daripada kumpulan nasyid terkenal Hijjaz yang diberikan nafas baru akan dilancarkan sempena dengan peringkat akhir program pencarian ikon muslimah Sisfel Mencari Sumayyah.

Program ini adalah program pencarian ikon Muslimah bercirikan mujahidah Islam yang pertama iaitu Sumayyah, yang berani, yakin dan bijak. Para peserta perlu melepasi setiap peringkat yang telah ditetapkan dengan menyelesaikan tugasan tugasan yang diberikan untuk ke peringkat akhir. Program Sisfel Mencari Sumayyah telah bermula pada Julai lalu dan melabuhkan tirainya pada 14 November 2019.

Bersempena dengan program ini, Felinna Body Mist selaku penganjur akan menaja penerbitan lagu dan video klip yang akan dilancarkan kemudian dengan menampilkan ikon Muslimah Sisfel Mencari Sumayyah. Selain kerjasama diantara Felinna Body Mist dan kumpulan nasyid Hijjaz, artis terkenal tanahair iaitu Tomok juga turut berkolaborasi sebagai penyanyi bersama lagu Sumayyah nafas baru.

Pada zaman kini amat sukar untuk mencari ikon Muslimah yang boleh menjadi role model kepada anak muda. Oleh itu, program dan kolaborasi sebegini amat bagus untuk diketengahkan supaya lebih ramai menghayati erti Islam yang sebenar.

Majlis perasmian lagu Sumayyah ini telah dijalankan di Garden Palace Titiwangsa pada pukul 3 petang oleh Pengarah Syarikat Raffelinna Sdn Bhd (Sisfel) iaitu 'Tuan Rafie dan Puan Felinna Fattah.

Nantikan kemunculan Official Video Clip Sumayyah 2019 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sertakan dapatkan Felinna Body Mist selaku penaja rasmi Sumayyah 2019 dari mana mana 5000 ejen sah Sisfel The Brand Of Success di seluruh Malaysia.

#mencarisumayyah
#hijjazfttomok
#felinnabodymist

show more

Share/Embed