Asas Tarian Inang Melayu - Nyala Dance Theatre
Nyala Dance Theatre Nyala Dance Theatre
17.8K subscribers
60,365 views
0

 Published On Aug 4, 2021

TARIAN INANG
Tarian Inang adalah versi moden bagi tari tradisional Mak Inang. Mak Inang merujuk kepada pengasuh (wanita) yang bekerja di istana. Tarian Inang dicipta pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sewaktu era pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

Tarian ini dipersembahkan di hadapan sultan semasa majlis keramaian. Tariannya sangat lemah gemalai (bersesuaian dengan sifat perempuan) dan mempunyai ciri-ciri yang sesuai ditarikan di istana.

Tarian Inang ini pada asalnya ditarikan oleh perempuan sahaja tetapi sesuai dengan peredaran zaman dan tuntutan sebuah persembahan, ianya turut ditarikan berpasangan lelaki dan perempuan. Jumlah pasangan dalam sesebuah persembahan biasanya antara 4 hingga 6 pasangan, namun ianya juga boleh disesuaikan mengikut keluasan pentas. Jika dahulu tarian ini ditarikan di istana, namun sekarang ianya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian dan perkahwinan rakyat jelata.

Alat muzik yang digunakan untuk Tarian Inang ialah Gong, Akordian , Violin, Gendang dan Rebana. Tempo lagu Tarian Inang bercorak sederhana dan tidak perlahan seperti tarian Asli. Namun terdapat juga tempo lagu Inang yang pantas mengikut ciptaan dan kesesuain sesebuah lagu. Gerakan melenggang merupakan pergerakan paling dominan dalam tarian ini dengan gerakan kaki mengikut tempo kiraan pukulan rebana/gong.

show more

Share/Embed