Kerabu Pucuk Pegaga yang masam masin manis pedas dan sedap, harus dicuba.
HanaIdris HanaIdris
481 subscribers
435 views
3

 Published On Apr 11, 2022

Kerabu pucuk pegaga ni sangat sedap diratah begitu sahaja. Makan dengan nasi panas dan ikan kukus goreng, masyaAllah makan tak ingat dunia. Menambah-nambah pula.

Nak sediakan kerabu pucuk pegaga ni tak sukar mana pun. Senang aje. Bahan yang digunakan pun tak banyak mana. Korang pasti kena cuba tau!

Bahan:
Daun pegaga
Isi ikan selayang rebus 2 ekor (bergantung pada kuantiti ulam yang nak digunakan)
bawang merah 2 ulas
lada hitam 1 sudu besar
1 biji limau nipis
1 sudu besar cuka makan
½ biji kelapa parut disangai dan ditumbuk
sedikit gula, garam

Cara-cara:
Tumbuk bawang, lada hitam sehingga halus.
Tumbuk isi ikan yang telah direbus .
Masukkan bahan tumbuk kedalam daun pegaga yang telah dihiris halus.
masukkan gula dan garam, perahan jus limau nipis, dan sedikit cuka.
Gaul rata.
Siap untuk dimakan.

Note: Nak guna daun-daun ulam lain tiada masalah. Asalkan ulam-ulam tersebut sesuai dan selamat dimakan mentah.

#ulam #ulampegaga #kerabupegaga #daunpegaga

show more

Share/Embed