Keinsafan Diri 2023 (live) - Tetamu Undangan Carta 114 Tvalhijrah
Fursan Fursan
2.27K subscribers
3,005 views
0

 Published On Nov 14, 2023

Kumpulan nasyid Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

Judul : Keinsafan Diri
Artis : Fursan
Lirik : Joe Fursan
Komposer : Joe Fursan/Fursan

Link : https://www.facebook.com/share/v/7B4i...

Produksi Audio
1.Susunan Muzik : Mustakim Yusuf
2. Gitar : Shafiq Mohd
3. Piano : Mustakim Yusuf
4. Bass : Yin OAG
5. Drum : Haziq Ramli
6. Flute : Boyrazli
7. Penyanyi Latar : Fursan & Alif Azhari Ismail
8. Susunan Vokal : Alif Azhari Ismail
9. Vocal Instructor : TUAH
10. Jurutera audio : Encik Mattao/Alif Azhari
11. Penerbit Audio : Alif Azhari Ismail

Mixing & Mastering : Encik Mattao (Ctone Studio)
Studio Rakaman: My Cyber Studios
Terbitan : Kor Agama Angkata Tentera (KAGAT)

LIRIK

Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi

~Bridge~

Ku tetap setia
Padamu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi

Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Kumpulan nasyid Angkatan Tentera Malaysia ini telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1998 yang dahulunya dikenali sebagai kumpalan Al-Fursan yang bermaksud Kuda Perang. Terdiri daripada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang berkemampuan melaksanakan misi-misi dakwah melalui hiburan alternatif Islam dibawah Unit Pasukan Dakwah Medan (PASDAM).
Matlamat asal penubuhannya adalah untuk memenuhi keperluan persembahan lagu-lagu nasyid sempena majlis-majlis kebesaran Islam dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti Majlis Tilawah Al-Quran, Maal Hijrah, Maulidur Rasul serta turut menyertai Festival Nasyid Peringkat Kementerian dan Kebangsaan serta lain-lain keperluan yang bersesuaian.

Bertitik tolak dari cetusan idea mantan Pengarah KAGAT ketiga Mejar Jeneral Dato' Seri Hj Jamil Khir bin Hj Baharom (B)
untuk mengeluarkan produk KAGAT dalam medium hiburan alternatif Islam, maka pada awal tahun 2010, Kumpulan ini telah memulakan proses pembikinan album pertama mereka dan pada petengahan tahun tersebut terhasillah album yang berjudul Ibtida’ yang bermaksud Permulaan daripada kumpulan yang kini dikenali sebagai FURSAN.
Album Ibtida' berkonsepkan irama nasyid pop kontemporari, mengandungi 9 buah lagu. Pencapaian terbaik daripada album ini adalah lagu yang berjudul Keinsafan Diri yang pernah beberapa minggu mengungguli carta Nasyid IKIM.FM dan merupakan lagu yang paling lama berada dalam carta ketika itu iaitu selama 34 minggu selain 2 buah lagu lain yang turut dicalonkan.Lagu Keinsafan Diri juga turut dinobatkan sebagai lagu terbaik tahun 2011 berdasarkan pilihan pendengar
Diharapkan penghasilan muzik video lagu keinsafan diri yang diberi nafas dan anggota baharu oleh kumpulan FURSAN ini dapat memeriahkan lagi industri nasyid tanahair bagi memenuhi keperluan masa kini. Dengan penampilan yang sedikit berbeza kerana dianggotai oleh pegawai dan anggota tentera di mana mereka bukan sahaja berkhidmat mempertahankan negara tetapi mampu untuk menyalurkan berdakwah melalui medium hiburan alternatif Islam. Sama² kita saksikan KEINSAFAN DIRI - FURSAN



#KementerianPertahananMalaysia
#kagat
#KorAgamaAngkatanTentera
#TenteraDaratMalaysia
#AirTimesNewsNetwork
#DaieAskariDaieRabbani
#IlmiAtm
#BerjuangBerakhlak
#Bktd
#atm
#angkatantenteramalaysia
#fyp
#newsantara
#nusantara
#lagunasyidpopular
#nasyidtentera
#terangfilem
#MediaKagat

show more

Share/Embed