[ Analisis Vokal ] GV10 - TOMOK ft STACY - Minggu 4 " MENGGEGAR DUNIA "
Xtra Vaganza Entertainment Xtra Vaganza Entertainment
42.3K subscribers
3,299 views
0

 Published On Oct 18, 2023

#GV10 #GV10Tomok #gegarvaganza #GegarVaganza2023 #menggegardunia #stacy

GEGAR VAGANZA 2023
( GV ALL STARS )

Program realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV) All Star musim ke-sepuluh (10) pada tahun 2023 menyaksikan seramai 15 penyanyi senior berentap bagi merebut hadiah lumayan pertandingan dengan penyertaan semua pemenang gegar vaganza dan lima pilihan para peminat.

Gegar Vaganza 2023 tajaan Farm Fresh manakala Cuckoo, dan Powercat sebagai penaja bersama masih menggunakan format seperti sebelumnya selain masih menggunakan khidmat juri profesional untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan tema mingguan yang telah ditugaskan kepada peserta.

Keunikan bagi musim ke 10 ini, Gegar Vaganza disertai peserta yang mempunyai vokal yang hebat serta pernah menjadi juara dalam pertandingan nyanyian yang lain.

Dato’ Ramli MS merupakan ketua juri tetap disamping Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Keos Endang. Manakala setiap minggu akan menampilkan seorang juri jemputan yang diundang khas

Live Streaming Konsert Gegar Vaganza 2023 GV All Stars

Gegar Vaganza 10 (GV10) akan menampilkan pengacara yang akan diumumkan dengan rancangan bakal bersiaran secara langsung selama 12 minggu di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Kesemua peserta akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.


Konsert Gegar Vaganza musim kesepuluh (GV All Stars) akan bersiaran selama dua belas minggu bermula 24 September 2023, setiap hari Ahad secara langsung dari Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula dari jam 9:00 malam Gegar Vaganza 2023 turut disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran Astro Ria (104) bermula jam 9:00 malam

Juara GV1 – GV5

• Ayai Ilusi (Juara GV1)
• Siti Nordiana (Juara GV2)
• Azharina (Juara GV3)
• Datuk Aishah (Juara GV4)
• Noryn Aziz (Juara GV5)


Juara GV6 – GV9

• Hady Mirza (Juara GV6)
• Naqiu (Juara GV6)
• Cliff Umar (Juara GV7)
• Aliff Aziz (Juara GV8)
• Jaclyn Victor (Juara GV9)


Dan 5 lagi ‘hotseats’ yang akan dipilih oleh rakyat Malaysia di gempak.com/gegarvaganza

show more

Share/Embed