Antara Garisan - Telefilem 2009
wan faez wan faez
1.36K subscribers
539,904 views
0

 Published On Jul 25, 2013

Telefilem hebat yang berpegang pada tema dosa dan pahala hanya dipisahkan oleh sebuah garisan yang cukup halus ini dibintangi oleh Noorkhiriah, Sharifah Amani dan pendatang baru Ismail Abd Aziz selaku teraju utama. Telefilem ini menjadi lebih mantap apabila dibantu oleh Isma Yusoof, Zaibo dan pendatang-pendatang baru seperti Zaibo, Nadia Aqilah Bajuri, Faizul Hashim, Farhan Daing, Yaya Nadzri dan ramai.

Antara Garisan bermula dengan kisah seorang uztaz bernama Arman (lakonan Ismail Abd Aziz) yang muncul di sebuah kampung di subuh hari. Dia telah bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.

Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Uztaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Uztaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.
Pada saat itu, barulah mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza dan tersedar yang mereka berdua telah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus.

show more

Share/Embed