Pernah 'BERPERANG' Dgn SYAMSUL YUSOF, AARON AZIZ DEDAH Masih Tak Bertegur Sapa & Kata Ini Pula
Mk Media Malaysia Mk Media Malaysia
379K subscribers
2,979 views
45

 Published On Sep 27, 2024

HUBUNGAN pelakon Datuk Aaron Aziz dan pengarah Syamsul Yusof masih belum pulih sejak isu persengketaan di antara mereka tercetus tahun lalu.

Untuk rekod pada Mac tahun lalu, persengketaan antara dua selebriti itu bermula selepas Syamsul bertindak menggugurkan nama Aaron sebagai salah seorang pelakon filem The Original Gangster.

Menurut pengarah itu, dia membuat keputusan berkenaan kerana risau dengan masalah kesihatan Aaron dihadapi aktor tersebut ketika itu.

Terbaru pula Aaron atau Aaron Mustapha Aziz 48 memuji tindakan Syamsul yang sudah berdamai dan kembali ke pangkuan keluarga baru-baru ini.

Jelas Aaron, dia mengetahui hubungan pengarah itu sudah pulih dengan keluarganya selepas melihat foto Syamsul bersama keluarga tular di media sosial.

Namun, pelakon filem Sheriff itu berkata ia hanya terhenti di situ kerana enggan mencampuri urusan peribadi Syamsul dan keluarganya.

Sehingga kini, Aaron dan Syamsul tidak berhubung mahupun berjumpa bagi menyelesaikan persengketaan di antara mereka berdua.

show more

Share/Embed