Pantun PENDEKAR MELAYU
Mim Ha Mim Ha
1.13K subscribers
31,983 views
0

 Published On Nov 28, 2019

Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung

Anak Cina bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Kamu takkan ku lepaskan lagi

Hang Jebat Hang Kasturi
Budak-budak raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata

Patah rotan tali bersilang
Batang meranti rimbun berjejal
Langkah pahlawan di tengah gelanggang
Berpantang mati sebelum ajal

Banyak batang tumbuh cendawan
Cendawan kukur jalan ke huma
Banyak orang mengaku pahlawan
Sambutlah pukul tikam pertama

Memang pahit buah peria
Makanan orang pergi menjala
Jikalau mengaku taat setia
Bersamalah kita pertahan negara

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna keris di pinggang
Kalau tidak berani mati

Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkatkan paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh

Lemaknya nasi bergulai udang
Lemak berbau santan kelapa
Rela kumati berputih tulang
Tidak kumahu berputih mata

Perahu payang layarnya merah
Belayar menuju arah utara
Keris dipegang bersintukkan darah
Adat pahlawan membela negara

Tuan puteri pergi ke Lukut
Bawa pulang kacang panjang
Sedikit pun hamba tak takut
Kalau berani turun gelanggang
------------------------

Rakaman ini saya buat semasa bertemu dengan Tuan Johan Iskandar di UPM Serdang bagi membincang sebuah dokumentari beberapa tahun dulu. Berkesempatan melihat beberapa rakan pendekar dan srikandi sedang membuat latihan.

Mohon maaf kerana tak dapat saya sebut nama-nama mereka itu. Namun ribuan terima kasih saya ucapkan. Alhamdulillah.

show more

Share/Embed