JEN ENDORO NYANYI LAGU DIKIR BARAT BERSAMA PELAJAR SMK BERIS PANCHOR 2
MOHD ZAIDI JUNUS MOHD ZAIDI JUNUS
1.8K subscribers
4,088 views
0

 Published On Sep 19, 2022

Dikir barat nyanyian pendikir terkenal Kelantan Jen Endoro bersama pelajar SMK Beris Panchor 2 pada majlis penutup bulan kebangsaan dan hari Malaysia tahun 2022
Jen Endoro pendikir terkenal Kelantan sejak 70an dengan lagu dikir barat berjudul “Endoro”
Jen Endoro iaitu Mohd Zain Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran “Jen Endoro” dalam kalangan peminat dikir barat sejak 1970an lagi.
“Jen” adalah “Zain” dalam sebutan loghat Kelantan sementara “endoro” ialah sebutan Kelantan motor terkenal dahulu motor “enduro”.
Kelab Dikir Barat SMK Beris Panchor 2 berkembang maju dibawah bimbingan sahabatku Cikgu Azli Hensem
Dahulu suara Jen Endoro sering berkumandang melalui slot dikir barat stesen radio tempatan Kelantan
Jen Endoro telah membuat persembahan di pelbagai tempat termasuk di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan pembesar luar negara.
Jen Endoro telah menjelajah ke hampir semua negara Asean bagi membuat persembahan budaya dikir barat antara pendikir yang mengangkat seni warisan budaya negeri Kelantan ke pentas dunia.
Jen Endoro bermula sebagai pembawa peralatan muzik dikir barat sebelum akhirnya menjadi tok jogho dan tukang karut yang dikenali.
Jen Endoro merupakan juara dikir barat peringkat kebangsaan selama dua tahun berturut-turut pada 1998 dan 1999 serta pernah merangkul juara tukang karut terbaik peringkat kebangsaan sempena program Citrawarna pada 2001.
#jenendoro #dikirbarat #kelantan #smkbp2

show more

Share/Embed