RUMAH MAKAN, MARUDI, SARAWAK, MALAYSIA - Restoran Halal
Janggut 40 Janggut 40
6.07K subscribers
2,735 views
206

 Published On Nov 13, 2022

Selamat datang dan salam sejahtera. RUMAH MAKAN
LT 94 JALAN KAMPUNG CINA,
KAMPUNG CINA, 98050 MARUDI.
019-434 8841
Pn.Asha Zainuddin
-Restoran Halal

Lokasi,
https://maps.app.goo.gl/SWaQ9Zx3iajFw...

OPEN NOW ✅

Salam Sejahtera warga Marudi ❤️

Haritok Rumah Makan beroperasi seawal jam 5petang-12malam 🔈

Kami menyediakan lebih dari 30 menu ala-thai seperti Tomyam, Sup Tulang Thai, Keteow Kungfu, Mee Ladna, Nasi Goreng Popcorn, Daging Goreng Kunyit, Ayam Blackpaper, Mee Goreng Basah, Megi Tomyam, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan untuk anda nikmati.
Jemput datang okay 🌻
any further info pls whatsapp me 0194348841 (ASHA)
________________________________

Salam sejahtera kepada semua, selamat datang ke Marudi Sarawak.

Bandar Marudi terletak lebih kurang 70km dari Bandaraya Miri. Sekiranya anda belum pernah datang ke sini, anda boleh menaiki pesawat ringan MasWings dan kurang dari 20 minit anda akan tiba di lapangan terbang Marudi.

Hari ini hos anda Janggut 40 ingin memperkenalkan tempat makan yang terbaik ada di Bandar Marudi iaitu RUMAH MAKAN . Ramai pengunjung yang tidak pasti untuk mencari lokasi tempat makan halal dan anda sangat bertuah kerana video ini akan membantu anda untuk mencari lokasi tempat makan halal di Marudi.

Semoga perkongsian video ini memberi manfaat buat pengunjung yang pertama kali datang ke Marudi Sarawak ataupun yang belum pernah makan di Rumah Makan ini.

Pendapat peribadi dan pengalaman pertama makan disini, hos berpuas hati dengan harga, saiz hidangan dan paling penting rasa asli Thai dalam setiap makanannya sangat berbaloi rasanya.

Menu set A (tiapia tiga rasa besar, sayur campur, tomyam dan Daging Masak Merah, dan ala carte Udang Tepung Goreng, Sotong Tepung Goreng, Sup Seafood Campur, telur bungkus, air sirap limau, kopi ais dan milo ais membawa jumlah RM90/- yang berpatutan pada bulan November 2022 ini.

Pada keesokkan malamnya hos juga cuba memesan secara talian Mee Goreng, Nasi Goreng USA, Daging Paprik dan Daging Masak Merah serta membuat bayaran secara online dan ternyata urusan amat mudah sekali. Harga RM39/- amatlah berbaloi bila dinilai citarasa, harga, saiz,masa menunggu dan penghantaran percuma!

TERMURAH DI MARUDI!

Sekian dulu perkongsian pengalam ikhlas hos dalam video kali ini.

#janggut40
#marudiwithlove #marudicity #marudisarawak #maruditourism #sungaibaram #marudi #malaysia #sarawak #rumahmakan #tomyam #paprik #restoranhalal #halal

* 2:58 UDANG GORENG TEPUNG bukan SOTONG GORENG TEPUNG

show more

Share/Embed